Friday 7 April 2017

Tarikan Pelancongan yang terdapat di Sabah

Menarik Di Sabah



1. Gunung Kinabalu Kundasang

Image result for gunung kinabalu




Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan juga tertinggi di Asia Tenggara iaitu dengan ketinggian 4095 meter dari aras laut. Ia terletak kira-kira 80km dari Bandar Kota Kinabalu atau lebih kurang 2 jam perjalanan.


Gunung Kinabalu dikatakan mempunyai 7 puncak tertinggi iaitu Puncak Low, Puncak St. John, Puncak Oyayubi Iwu, Puncak Kakak Buruk, Puncak Raja Edward, Puncak Telinga Keldai dan Puncak Tunku Abdul Rahman. 

Para pelancong boleh datang dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau pun Tawau. Kadar tambangnya adalah sekitar RM20 hingga RM25 sekali perjalanan.

Gunung Kinabalu terletak di dalam kawasan Taman Kinabalu dan untuk masuk ke Taman Kinabalu kadar bayaran masuk yang di kenakan adalah :

Untuk Pelancong Tempatan :
Dewasa : RM3.00
Kanak-Kanak : RM1.00

Untuk Pelancong Asing 
Dewasa : RM15.00
Kanak-Kanak : RM10.00
___________________________________________________

Bagi bayaran mendaki pula bayaran yang dikenakan adalah :

Untuk Pelancong Tempatan :
Dewasa : RM30.00
Kanak-Kanak : RM12.00

Untuk Pelancong Asing :
Dewasa : RM100.00
Kanak-Kanak : RM40.00

Dan untuk mendapatkan permit mendaki atau membuat pertanyaan para pelancong bolehlah menghubungi pihak Taman-Taman Sabah :

Sabah Parks 
Lot 3, Blok K, Sinsuran Gompleks
Poskod 88806, Kota Kinabalu
Sabah.
Tel : +6088-212719 atau +60811881
Fax : +6088-221001
Email : sabahparks@sabah.gov.my


Tarian Sabah


Ini merupakan beberapa jenis tarian tradisional di Sabah. Dengan rakyat yang berbilang kaum, maka Sabah sudah pastinya mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional dari etnik-etnik yang ada di negeri ini. Tarian ini biasanya dibuat dalam majlis-majlis keramai seperti pesta kaamatan atau majlis kahwin.

1. Tarian Sumazau


Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi rakyat Sabah yang begitu terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi bagi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Tarian ini biasanya ditarikan oleh lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah.


Kepelbagaian Etnik Di Sabah


SEJARAH AWAL WUJUDNYA PELBAGAI KAUM/ETNIK DALAM MASYARAKAT SABAH


Sabah yang terletak di bahagian utara Borneo, Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya. Pada awalnya negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan suku kaum pribumi. Menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayan, Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kaum Dusun dipercayai berasal dan keturunan Cina, orang Murut berasal dari Annam di utara Burma, Bajau dari selatan Kepulauan Filipina dan Bisaya dari kalangan kaum Hiligayamon di Filipina dan kaum-kaum lain dari Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain.



Image result for sabah culture


Sejarah Negeri Sabah




Image result for SABAH NEGERI DI BAWAH bayu



Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz negara Ireland di Eropah. Ibukota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu dan dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme. Kota Kinabalu kini telah dinaiktarafkan kepada status bandaraya pada 2 Februari 2002



Dikenali dengan gelaran "Negeri Di Bawah Bayu" , Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi juga dengan warisan budaya penduduknya. Sabah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat boleh ditemui di Sabah. Terdapat pelbagai spesies anggerik/ orkid, periuk kera dan rhododendron pula didapati tumbuh di Sabah.



Keadaan geografi Sabah berbukit - bukau malah bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur dan gua juga boleh ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,059 meter.


Makanan Tradisi Sabah

1. Hinava

Hinava merupakan makanan tradisional masyarakat Sabah terutamanya masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun dan ia merupakan antara makanan yang paling popular dan diminati oleh kaum Kadazan-Dusun.

Biasanya Hinava atau dipanggil juga Hinava Ginapan dibuat daripada isi ikan segar. Isi ikan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava adalah dari isi ikan yu atau tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan untuk membuat Hinava ini termasuklah sotong atau udang.

Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis seperti perkahwinan dan juga menjadi hidangan yang istimewa bagu kaum Kadazan-Dusun ketika Tadau Kaamatan.


Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Hinava adalah seperti :

01. Isi ikan segar
02. Biji buah bambangan
03. Lada merah
04. Halia
05. Bawang merah
06. Limau nipis atau limau kasturi
07. Garam

Untuk menghidangnya isi ikan segar tersebut akan dicampur menggunakan bahan-bahan diatas dan digaul-gaulkan. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak melalui perahan limau nipis atau limau kasturi

Related image