Friday 7 April 2017

Sejarah Negeri Sabah




Image result for SABAH NEGERI DI BAWAH bayu



Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz negara Ireland di Eropah. Ibukota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu dan dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme. Kota Kinabalu kini telah dinaiktarafkan kepada status bandaraya pada 2 Februari 2002



Dikenali dengan gelaran "Negeri Di Bawah Bayu" , Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi juga dengan warisan budaya penduduknya. Sabah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat boleh ditemui di Sabah. Terdapat pelbagai spesies anggerik/ orkid, periuk kera dan rhododendron pula didapati tumbuh di Sabah.



Keadaan geografi Sabah berbukit - bukau malah bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur dan gua juga boleh ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,059 meter.




Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung. Aktiviti pembalakan yang kurang terkawal telah pun memusnahkan kawasan hutan rimba yang amat luas semenjak 20 tahun yang lalu. Spesis-spesis flora dan fauna juga telah banyak menghadapi kepupusan di kawasan tertentu serta menjadi semakin sukar ditemui seperti yang berlaku kepada spesis bunga orkid dan juga beruang madu hitam Malaysia. Kawasan yang masih selamat untuk tumbuhan dan haiwan terancam hidup adalah dalam kawasan hutan simpan. Kawasan hutan simpan ini seperti Maliau Basin dan Hutan Simpan Raflesia adalah contoh hutan simpan yang ada di Sabah. Tempat ini secara langsung menjadi daya tarikan pelancongan serta kawasan kajian biologi yang penting baik dalam negara atau luar negara. 


Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing. Keadaan politik Sabah di negara Malaysia adalah sangat rancak di mana parti-parti politik yang mewakili kaum-kaum etnik telah banyak ditubuhkan serta lantang dalam memberikan pendapat mereka. 

Berdasarkan kepada penemuan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka kawasan perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Namun demikian, setelah Malaysia mencapai kemerdekaan sepenuhnya daripada pihak British pada 31 Ogos 1957 senario kehidupan rakyat Sabah berubah sama sekali. 

Selepas kemusnahan akibat peperangan, Sabah menjadi jajahan British sehingga tarikh rasmi 16 September 1963, iaitu setelah mencapai kemerdekaan sepenuhnya dari pihak British. Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.




DAERAH-DAERAH YANG TERDAPAT DI SABAH

Kota Kinabalu

Related image
Bandaraya Kota Kinabalu




Kota Kinabalu (atau lebih dikenali sebagai "KK"), merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000, memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang.Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia.



Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo. Taman Negara Kinabalu terletak kira-kira 90 kilometer (56 bt) dari bandar ini dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong di sekitar kawasan ini. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Kedua-dua faktor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia.



Kota Kinabalu merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000 dan memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton ialah ibu negeriSabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah. Bandar ini terletak di pantai barat laut Borneo menghadap Laut China Selatan. Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia.



Bandar ini juga merupakan destinasi pelancongan utama dan pintu masuk yang popular bagi pelancong yang melawat Sabah dan juga Borneo. Taman Negara Kinabalu terletak kira-kira 90 kilometer (56 bt) dari bandar ini dan terdapat banyak kawasan tarikan pelancong di sekitar kawasan ini. Kota Kinabalu juga merupakan salah satu daripada pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur. Kedua-dua faktor ini menjadikan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di Malaysia.



Tempat-tempat menarik yang perlu kunjungi di kota kinabalu. 










Sandakan

Image result for sandakan
Bandar Sandakan 

Sandakan merupakan salah sebuah bandar utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 479,121 orang (2009).
Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem tahanan perang dan pembinaan lapangan terbang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945. Peristiwa Kawat Maut Sandakan (Sandakan death march) di penghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini.


Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu. Lapangan Terbang Sandakan merupakan lapangan terbang yang menjadi pintu masuk utama para pelancong dari seluruh Malaysia dan luar negara ke bandar ini.
Ketika awal 1870-an, pantai timur Sabah berada di bawah pemerintahan Sultan Sulu yang turut memerintah kawasan yang kini merupakan Filipina selatan. Pendudukan Eropah yang terawal di kawasan ini ditubuhkan oleh William Clarke Cowie, seorang penyeludup senjata api berbangsa Scotland dari Glasgow yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan yang kecil. Cowie menamakan penempatannya sebagai "Sandakan", iaitu istilah bahasa Sulu bagi "tanah yang digadai", namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai "Kampong German" kerana kehadiran sebilangan besar orang Jerman yang bertapak di sini. Penempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh dari konsul Austria-Hungary Baron von Overbeck daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Setelah pajakan itu dibeli oleh rakan von Overbeck yang berbangsa British, Alfred Dent, Kampong German teranap pada 15 Jun 1879. Residen British yang baru, William B. Pryer, memutuskan untuk tidak membina semula kampung itu, sebaliknya berpindah ke Buli Sim Sim pada 21 Jun 1879. Beliau menamakan penempatan baru beliau itu "Elopura", yang bermaksud Bandar yang Indah. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke "Sandakan". Nama Elopura masih memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di Sandakan. Populasi penduduk Sandakan terdiri daripada masyarakat Cina, Sungai, Suluk, Bajau, Kadazandusun dan lain-lain.
Pada tahun 1883, pusat pentadbiran Syarikat Borneo Utara Inggeris dipindahkan dari Kudat ke Sandakan. Pada pertengahan 1930-an, eksport kayu balak Sandakan mencapai angka rekod 180,000 meter padu, menjadikannya pelabuhan pengeksport kayu balak tropika yang terbesar di dunia. Pada zaman kemuncak lambungan hasil balak, Sandakan menjadi tumpuan jutawan terbesar di seluruh dunia.
Pendudukan Jepun di Sandakan ketika Perang Dunia II bermula pada 19 Januari 1942 dan bertahan sehingga sebuah briged Divisyen Ke-9 Australia membebeaskannya pada 19 Oktober 1945. Pentadbiran Jepun memulihkan nama Elopura untuk bandar ini. Antara kezaliman yang berlaku ketika Perang Dunia II ialah Kawat Kematian Sandakan, apabila askar Jepun hendak memindahkan sekitar 6,000 orang tawanan perang di Sandakan 260 km (160 batu) ke pekan Ranau di pedalaman Sabah. Tawanan-tawanan yang berjaya menempuh perjalanan ke Ranau hidup-hidup diasakkan ke dalam pondok-pondok yang kotor; kebanyakan mereka ini mati sama ada akibat penyakit disenteri atau dibunuh oleh pengawal penjara. Setelah tamatnya perang, Sandakan ranap keseluruhannya, sebahagiannya akibat pengeboman Kuasa Berikat dan sebahagian lagi oleh pihak Jepun. Oleh itu, setelah Borneo Utara menjadi Tanah Jajahan British pada tahun 1946, ibu negerinya dipindahkan ke Jesselton (kini dikenali sebagai Kota Kinabalu).
Sandakan masih merupakan pelabuhan kedua terpenting di Sabah, selepas Kota Kinabalu. Pelabuhan ini penting untuk eksport kayu balak, kelapa sawit, tembakau, koko, kopi, gentian manila, dan sagu. Sandakan juga adalah antara bandar-bandar yang paling sibuk di Malaysia Timur.


Tempat-tempat menarik yang perlu kunjungi di Sandakan.

1. Rumah Agnes Keith
Image result for bandar tawau
Bandar Tawau

Tawau merupakan nama sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau kini merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut melalui Pelabuhan Tawau.
Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telahpun berpenduduk dengan sebuah perkampungan kecil nelayan dengan 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Melayu keturunan Ī¤idung dan Suluk sebelum tahun 1890 ( sebelum itu terdapat penempatan terawal masyarakat Melayu Islam Tidung di Kalabakan di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan , penempatan masyarakat Tidung dan Suluk di Batu Tinagat serta penempatan masyarakat Bajau di Omadal, Semporna). Pada ketika itu Tawau berada di bawah kuasa Kesultanan Sulu. Dalam satu perjanjian yang termeterainya pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu menyerahkan kawasan di persekitaran Tawau yang wujud masa kini kepada pihak Inggeris.
Tawau menjadi sebahagian daripada kawasan jajahan orang-orang Inggeris iaitu melalui Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBUB). Mengikut catatan The North Borneo Annual Volume (1955-1965) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898, iaitu berikutan langkah-langkah pihak SBUB membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan di situ.
Untuk mengelak perselisihan faham dengan pihak Belanda yang memerintah Kalimantan pada masa tersebut ( Tawau berkongsi sempadan di antara tanah jajahan Belanda dengan tanah jajahan Inggeris ) , pihak pemerintahan Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan. Ini disebabkan sempadan asal bagi kawasan yang telah diserahkan kepada pihak Inggeris oleh kedua-dua Sultan Brunei dan Sultan Sulu ialah di bawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan (Indonesia) yang mana kawasan tersebut termasuk di bawah pemerintahan Belanda yang ketika itu telah sedia ada menghuni di kawasan tersebut. Berikutan itu satu suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari United Kingdom dan Belanda. ( Sejarah Malaysia )
Sebuah Laporan Bersama telah disediakan beserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing-masing di Tawau pada 17 Februari 1913. Kemudian mengikut protokol di antara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915, kedua-dua kerajaan mengesahkan laporan bersama dan peta tersebut.
Dengan wujudnya pemerintahan British di Tawau, pelbagai kemudahan telah disediakan seperti hospital, sekolah-sekolah, balai polis, rumah-rumah kedai, pelabuhan Tawau serta juga jalan raya dan jalan kampung yang dibina oleh PWD, sebuah jabatan kerajaan yang mana para pekerjanya adalah dari kalangan penduduk tempatan Tawau.
Hak dan keistimewaan masyarakat tempatan telah diiktiraf oleh Kerajaan British dengan perlantikan Ketua Anak Negeri sebagai mewakili penduduk tempatan di Tawau untuk menyatakan keperluan dan permasalahan rakyat kepada pihak Kerajaan British. Sebelum itu jawatan Ketua Masyarakat pernah diberikan kepada Habib Sheikh pada tahun 1912 manakala jawatan Imam diberikan kepada Imam Mustapa pada tahun 1916. Jawatan Ketua Anak Negeri dengan gelaran Orang Kaya Kaya (OKK) yang pertama dilantik Kerajaan British penghujung 1920-an ialah OKK Kee Abdullah, seorang Sino-Dusun Muslim. Manakala pada tahun 1937 sehingga 1953, Penghulu Abu Bakar (anak OKK Kee Abdullah) telah dilantik menjadi Ketua Anak Negeri. Beliau dipertanggungjawabkan untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan di sekitar daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi di daerah Tawau ini.


Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) pada tahun 1938 yang diasaskan oleh Penghulu Abu Bakar dan diperkasakan bersama pemimpin Melayu yang lain ( Abu Bakar Titingan , Haji Abdul Karim Drahman, DSP Ahmad Ayid, , Kassim Kamidin & Imam Zainal ) untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu ini, telah menyatukan masyarakat Melayu tempatan Tawau. Ahli-ahli persatuan inilah yang bersama-sama dengan Tun Datu Mustapa Datu Harun melalui USNO, menuntut kemerdekaan bagi negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963. Manakala penubuhan Persatuan Islam Tawau (PIT) yang dipengerusi oleh Imam Zainal dan kemudiannya oleh Haji Abdul Karim Drahman pada tahun 1955 telah mendorong penubuhan USIA pada tahun 1968 yang menjamin keutuhan syiar Islam di seluruh Sabah.( Rujuk : Maklumat dari Muzium Negeri Sabah )


Tempat-tempat menarik yang perlu kunjungi di Tawau.
Image result for pekan semporna



'Tong Talun' adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang bererti "Hujung Hutan" dalam istilah Suku Kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Ini kerana pada ketika itu daerah Semporna diliputi/diselubungi oleh hutan belantara di awal penemuannya. Kemudian, Tong Talun telah ditukar dengan nama SEMPORNA yang membawa pengertian "Tempat Yang Aman atau Damai" sehinggalah sekarang.


Daerah Semporna berada dibawah jajahan takluk Kesultanan Sulu, sebuah kuasa politik yang dominan pada suatu masa dahulu. Jajahan takluknya meliputi sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada 1876 kawasan yang dikenali dengan Borneo Utara ini telah diperintah oleh Syarikat 'British North Borneo Chartered Company' yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan British. Bermula dari itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah secara "untuk selamanya dan berkekalan" kepada syarikat ini sebagai wilayah kuasa urus-tadbir mereka.

Kuasa lain yang pernah cuba menakluk Semporna termasuklah Belanda, namun mereka gagal berbuat demikian kerana kehadiran syarikat British disini. Pada tahun 1963, Sabah telah bersatu dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia.

Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam.

Daerah Semporna juga adalah kawasan kediaman suku kaum nomad (orang-asli) laut yang dikenali dengan 'Palauh'. Kaum ini masih wujud di Semporna hingga kini dan boleh dilihat di perairan Semporna. Mereka tinggal di bot-bot tradisi di laut dan sentiasa berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Kaum palauh hanya akan singgah ke tanah besar Semporna jika memerlukan barangan harian atau sebab kematian. Kini sesetengah mereka telah berubah kepada kehidupan yang moden.


Tempat-tempat menarik yang perlu kunjungi di Semporna.

1. Pulau mabul

2. Pulau Kapalai

3. Pulau sipadan

4. Pulau ligitan

5. Pulau mataking semporna

6. Pulau Bohey Dulang

7. Pulau Pom-Pom 

8. Pulau Sibuan

9. Pulau Bodgaya


Kudat

Image result for kudat


Di zaman dahulu, Kudat lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai “Tanjong Berungus” dan kadangkala juga disebut dengan nama “Tambarungan”. Semasa kedatangan awal peniaga-peniaga Cina di Tanjung Berungus, mereka hairan melihat sejenis rumput yang tumbuh di merata-rata tempat. Kehairanan itu memaksa mereka ingin mengetahuinya daripada penduduk tempatan yang terdiri daripada suku kaum Rungus ( Penduduk asal daerah Kudat ) yang kemudiannya memberitahu bahawa rumput yang menjadi tandatanya di kalangan mereka itu ialah “Kutad” yang membawa maksud “rumput lalang” dalam bahasa Rungus. oleh kerana sebutan “Kutad” oleh peniaga-peniaga Cina itu tadi tidak tepat maka lahirlah nama “Kudat” yang asalnya daripada rumput lalang (Kutad) di mana kawasan yang ditumbuhi rumput berkenaan akhirnya menjadi pusat pertemuan peniaga-peniaga imigran dengan orang tempatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan berjual beli secara tradisi. Sementara cerita daripada suku kaum Binadan Kudat asalnya daripada perkataan “takkudad aku” yang membawa maksud “ Terkejut aku “ oleh salah seorang daripada suku kaum berkenaan yang terperanjat dengan bunyi sebuah kapal yang bernama “SANTI” ketika mereka berlayar dari Limau-Limauan ke Tanjung  Berungus. Peristiwa itu memberikan mereka idea dan bersetuju untuk menamakan Tanjung Berungus sebagai KUDAT.
Daerah Kudat mempunyai 3 buah pusat pentadbiran iaitu : -
Kudat Proper, Pekan Karakit  Banggi dan juga Pekan Matunggong.


Tempat-tempat menarik yang perlu kunjungi di Kudat

1. Apa kata  kita ke  Tanjung Simpang Mengayau


2. Gombizau Honey Bee Farm

3. Kampung Bavanggazo (Rungus Longhouse)

4. Kampung Sumangkap Gong Factory

5. Kelambu Beach



6. Kudat Golf Club


7. Maranjak Longhouse Homestay

8. Tamu Kudat


No comments:

Post a Comment