Friday 7 April 2017

Makanan Tradisi Sabah

1. Hinava

Hinava merupakan makanan tradisional masyarakat Sabah terutamanya masyarakat dari suku kaum Kadazan-Dusun dan ia merupakan antara makanan yang paling popular dan diminati oleh kaum Kadazan-Dusun.

Biasanya Hinava atau dipanggil juga Hinava Ginapan dibuat daripada isi ikan segar. Isi ikan yang biasa digunakan untuk membuat Hinava adalah dari isi ikan yu atau tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan untuk membuat Hinava ini termasuklah sotong atau udang.

Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis seperti perkahwinan dan juga menjadi hidangan yang istimewa bagu kaum Kadazan-Dusun ketika Tadau Kaamatan.


Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat Hinava adalah seperti :

01. Isi ikan segar
02. Biji buah bambangan
03. Lada merah
04. Halia
05. Bawang merah
06. Limau nipis atau limau kasturi
07. Garam

Untuk menghidangnya isi ikan segar tersebut akan dicampur menggunakan bahan-bahan diatas dan digaul-gaulkan. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak melalui perahan limau nipis atau limau kasturi

Related image




2. Ambuyat

Ambuyat merupakan salah salah makan tradisional yang terdapat di Sabahmerupakan makanan tradisi bagi suku kaum Melayu-Brunei di Sabah, 

Ambuyat merupakan sejenis makanan dibuat daripada Sagu yang mana sagu tersebut diambil daripada bahagian batang pokok Rumbia atau dipanggil Ampulung dan lebih kurang sama dengan ubi kayu yang berwarna putih dan mempunyai bentuk seperti gam.

Untuk makan hidangan ini hendaklah dengan menggunakan penyepit kayu (chopstik) atau dipanggil candas. Selain itu boleh juga menggunakan garpu buluh dengan cara menggolekkan ambuyat tersebut sekitar hujung candas atau garpu lalu mencelupnya ke dalam kuah atau sos.

Biasanya ambuyat dimakan semasa ianya masih panas dengan mencecahkannya ke dalam kuah seperti kuah kari, kuah ikan. Ambuyat juga biasanya di makan bersama-sama hidangan lain seperti ubi kayu dan ulam-ulaman.

Ambuyat juga merupakan makanan tradisi bagi kaum Bajau, Dusun, Kadazan, Bisaya dan Murut di Sabah. 


Image result for ambuyat


3. Latok 


Latok merupakan salah satu makanan tradisional yang terdapat di Sabah. Ia merupakan makanan tradisional bagi suku kaum bajau laut di Sabah 



Latok merupakan sejenis makanan dari jenis rumpai laut. Ia sangat popular di kalangan suku kaum bajau laut yang kebanyakkannya tinggal di persisir pantai daerah Semporna.



Latok dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dapat memberi kebaikan kepada orang yang memakannya. Antara khasiat yang terdapat pada latok adalah :

1. Awet muda
2. Merawat kanser
3. Untuk kesihatan darah
4. Tulang, otot dan urat safat berfungsi dengan baik

Biasa latok dimakan bersama nasi dan ikan panggang seperti ikan yu. Ia juga boleh dimakanan begitu sahaja dengan mecampurkan perahan limau kasturi dan cili padi.




4. Pinaasakan 


Pinaasakan merupakan salah satu makanan atau hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun Sabah. 

Pinaasakan adalah antara makanan kegemaran kaum kadazan-dusun. Ikan yang dibuat daripada isi ikan dan ikan yang biasa digunakan untuk membuat pinaasakan adalah ikan air tawar. Namun ada juga sesetengah orang menggunakan ikan dari laut seperti ikan basung.

Cara penyediaan pinaasakan adalah dengan membersihkan ikan kemudian mengambil isi ikan tersebut dan mencampurkan sedikit kunyit, halia yang telah ditumbuk, asam jawa atau buah asam, garam, serbuk perasa dan sedikit air. Setelah mencampurkan kesemuanya, ia akan dipanaskan sehingga mendidih hingga ir didalamnya hampir kering.

Pinaasakan merupakan hidangan yang tahan lama dan boleh di simpan hingga beberapa hari.


Image result for Pinasaakan


5. Sinagol (Ikan Yu @ Ikan Pari)


Sagol merupakan salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia sangat popular di kalangan suku kaum Bajau di Sabah. 



Sagol merupakan antara makanan kegemaran bagi suku kaum bajau di Sabah. Sagol adalah makanan yang menggunakan isi ikan. Ikan yang biasa digunakan adalah ikan pari dan ikan yu. 



Untuk membuat sagol ikan akan dibersihkan terlebih dahulu dan membuang lapisan kasar pada kulit ikan tersebut. Isi ikan tersebut kemudiannya akan dihancurkan dengan cara mencelur dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.

Terdapat dua jenis hidangan sagol iaitu sagol kering (tiada kuah) dan sagol basah (berkuah). Untuk lebih berperisa sagol akan dimasak menggunakan minyak hati ikan. 


Image result for makanan sagol





No comments:

Post a Comment