Friday 7 April 2017

Kepelbagaian Etnik Di Sabah


SEJARAH AWAL WUJUDNYA PELBAGAI KAUM/ETNIK DALAM MASYARAKAT SABAH


Sabah yang terletak di bahagian utara Borneo, Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya. Pada awalnya negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan suku kaum pribumi. Menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayan, Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kaum Dusun dipercayai berasal dan keturunan Cina, orang Murut berasal dari Annam di utara Burma, Bajau dari selatan Kepulauan Filipina dan Bisaya dari kalangan kaum Hiligayamon di Filipina dan kaum-kaum lain dari Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain.



Image result for sabah culture



MURUT


Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah. Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau.Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai dan juga menjalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).
Perkataan “Murut” di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di pedalaman yang mempunyai hubungan rapat dengan suku Dusun. Kaum Murut juga,merupakan suku kaum yang tertua di Sabah yang datang dari Annam,Indo-China dan kepulauan Filipina. Mengikut Porllard,istilah Murut beasal dari akar kata “purut” iaitu “berian” atau “hantaran mas kahwin.” Kebiasaannya, kaum Murut terdapat di Sabah serta di wilayah perbatasan Kalimantan dan Sarawak. Kaum murut ini merupakan suku etnik ketiga terbesar di sabah. Selain itu, kaum Murut juga mendiami di rumah panjang yang berhampiran di tepi sungai. Kaum Murut menganut agama Islam dan sebahagian lagi menganut agama Kristian.


ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM MURUT



Perkahwinan orang Murut akan diadakan seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan 13 tahun bagi si gadis. Selain itu, mas kahwin yang biasa akan diminta oleh ibu bapa si gadis orang Murut adalah iaitu 2 ekor kerbau, 1 tajau sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis "belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan pula, kaum Murut menjalankan majlis perkahwinan selama lima hari berturut-turut. Dalam tempoh lima hari perkahwinan tersebut, tiga hari akan berlangsung di rumah pengantin perempuan dan dua hari di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan dihiasi dengan cantik dan menggunakan pakaian kaum Murut asli pada hari perkahwinan. Pengantin perempuan tersebut akan dihias oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai “tambuloi.” Pengantin perempuan akan dibawa keluar dari bilik dan akan diberi air tapai yang disukainya. Oleh yang demikian, dalam tempoh tiga hari tersebut, tetamu akan bersukaria sambil makan dan meminum air tuak di rumah pengantin perempuan. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setelah tamat tempoh tiga hari tersebut, mereka akan bergerak ke rumah pengantin lelaki dan pukulan “egal” iaitu pukulan gong akan didendangkan bagi menandakan selamat jalan kepada keluarga pengantin perempuan. Setelah berada seminggu di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan boleh menziarahi ibu bapa dengan kebenaran suami dan mertuanya. Setelah sebulan perkahwinan,kedua- dua pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan selama empat hari dan kehadiran mereka akan diraikan serta disajikan air tapai. Setelah tamat tempoh empat hari tersebut, mereka berdua akan balik ke rumah pengantin lelaki semula untuk menetap di sana buat selama-lamanya.




PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM MURUT


Bagi pakaian Adat suku kaum Murut, lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.











Baju Tradisional kaum murut Lelaki dan perempuan
TARIAN TRADISIONAL SUKU KAUM MURUT

Tarian Lansaran
Tarian lansaran merupakan tarian yang amat terkenal dalam suku kaum Murut. Kebiasaannya, tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi. Lokasi lantai khas terletak di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring". Dalam tarian ini terdapat sekumpulan penari lelaki dan perempuan. Kaum perempuan akan memakai pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni. Bagi kaum lelaki mereka akan memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. Dalam tarian ini, penari akan membuat satu bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran.



CONTOH PERGERAKAN TARIAN LANSARAN




KADAZAN-DUSUN




Apa itu Kadazan_Dusun dan bagaimanakah cara hidup mereka, adat resam dan perkahwinan, jenis perayaan dan makanan utama mereka???



Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Dusun, Rungus,Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai.
Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. 



PERAYAAN KADAZAN-DUSUN 

Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazan-dusun. Kadazan percaya kepada makhluk halus. Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'. 





MAKANAN TRADISIONAL

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.


TARIAN TRADISIONAL

Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.
Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan gendang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.




PAKAIAN TRADISIONAL

· Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang
**Baju ini selalunya menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai.




ADAT RESAM SUKU KAUM KADAZAN-DUSUN

Kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan. Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran di dunia. Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan dan Humabot.
Upacara Momohizan

Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada.





SUKU KAUM BAJAU

Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut mahir yang menggunakan cara penangkapan tradisional pada masa dahulu. Di Sabah, mereka adalah nelayan yang tinggal di daerah Ѕemporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran mereka adalah nelayan, pesawah dan penternak serta bercucuk tanam. Bajau Кota Вelud pula digelar “Koboi Sabah” mini kerana Bajau sudah lama terkenal dengan penunggang kuda dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.”

Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Belud, dan Papar. Manakala orang bajau pantai timur pula menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Bajau yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau dan Irranun di Kota Belud. Orang Bajau Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi, adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Masyarakat Bajau Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.





ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM BAJAU

Adat perkahwinan,majlis dibuat sebelum hari perkahwinan. Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin. Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak. Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan tarian tradisional.Sehari sebelum perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan. Beberapa das tembakan akan dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin perempuan. Setelah tiba waktunya,pengantin lelaki mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Selepas itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk ke bilik pengantin perempuan bagi upacara pembatalan air sembahyang. Setelah pengantin lelaki membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua dua mempelai itu disandingkan. Gambar dibawah menunjukkan adat perkahwinan dan pakaian yang digunakan semasa majlis perkahwinan diadakan.




PERSANDINGAN KAUM BAJAU DENGAN MENGENAKAN PAKAIAN TRADISIONAL MEREKA



TARIAN TRADISIONAL SUKU KAUM BAJAU

Tarian Dalling-Dalling Βajau dan Іgal Іgal Вajau
Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. 
Tarian Brunsai

Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki. 
Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.

Tarian Limbai
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.



Tarian Bajau




MAKANAN UTAMA SUKU KAUM BAJAU

1. Kima

Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.

2. Sagol/Ѕenagol

Sagol/Ѕenagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.
Ada dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

3. PUTU
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut)


4. PAKAIAN TRADISIONAL BAJAU

Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud (Ala Bimbang) bg lelaki dan perempuan. Nama jenis pakaian tradisional bagi Ѕuku Кaum Вajau di Рantai Тimur Ѕemporna dikenali dengan "Alal Bimbang"

















No comments:

Post a Comment