Friday 7 April 2017

Tarikan Pelancongan yang terdapat di Sabah

Menarik Di Sabah



1. Gunung Kinabalu Kundasang

Image result for gunung kinabalu




Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan juga tertinggi di Asia Tenggara iaitu dengan ketinggian 4095 meter dari aras laut. Ia terletak kira-kira 80km dari Bandar Kota Kinabalu atau lebih kurang 2 jam perjalanan.


Gunung Kinabalu dikatakan mempunyai 7 puncak tertinggi iaitu Puncak Low, Puncak St. John, Puncak Oyayubi Iwu, Puncak Kakak Buruk, Puncak Raja Edward, Puncak Telinga Keldai dan Puncak Tunku Abdul Rahman. 

Para pelancong boleh datang dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau pun Tawau. Kadar tambangnya adalah sekitar RM20 hingga RM25 sekali perjalanan.

Gunung Kinabalu terletak di dalam kawasan Taman Kinabalu dan untuk masuk ke Taman Kinabalu kadar bayaran masuk yang di kenakan adalah :

Untuk Pelancong Tempatan :
Dewasa : RM3.00
Kanak-Kanak : RM1.00

Untuk Pelancong Asing 
Dewasa : RM15.00
Kanak-Kanak : RM10.00
___________________________________________________

Bagi bayaran mendaki pula bayaran yang dikenakan adalah :

Untuk Pelancong Tempatan :
Dewasa : RM30.00
Kanak-Kanak : RM12.00

Untuk Pelancong Asing :
Dewasa : RM100.00
Kanak-Kanak : RM40.00

Dan untuk mendapatkan permit mendaki atau membuat pertanyaan para pelancong bolehlah menghubungi pihak Taman-Taman Sabah :

Sabah Parks 
Lot 3, Blok K, Sinsuran Gompleks
Poskod 88806, Kota Kinabalu
Sabah.
Tel : +6088-212719 atau +60811881
Fax : +6088-221001
Email : sabahparks@sabah.gov.my



2. Desa Dairy Farm Kundasang

Image result for desa farm


Dengan suhu sejuk dan pemandangan gunung, ladang tenusu Desa Dairy Farm ini menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem bergambar atau merakamkan penggambaran jika ia memerlukan suasana ala ladang di Eropah.
Di sini, anda boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan.
Jika anda sudah letih bergambar, anda boleh berehat sambil menikmati waffle dan ais krim serta menikmati sejuknya angin gunung.
Jarak dari Kota Kinabalu

100 km/ 2 jam 30 minit
Waktu Operasi

8 pg – 5 ptg
Waktu Memerah/Memproses Susu

Memerah : 3 ptg – 5 ptg setiap hari
Memproses : Setiap Selasa, Khamis, Ahad pada 10 pg – 2 ptg
Tiket Masuk

Dewasa — RM5 (~$1.12)
Kanak-kanak — RM4 (~$0.9)
Sesi Fotografi — RM10 (~$2.25)



3. Muzium Negeri Sabah

Image result for Muzium negeri sabah


Muzium Sabah. Merupakan tempat yang paling sesuai untuk mempelajari sejarah berkenaan negeri Sabah.Ia mempunyai keluasan kira-kira 17 hektar dan terletak bukit istana lama Kota Kinabalu.


Misi utama Muzium ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul dan memelihara semua seni sejarah dari seluruh negeri Sabah ini agar semua masyarakat dapat mengetahui sejarah, budaya dan sejarah sosial negeri Sabah.

Yuran Masuk :
Pelawat Malaysia : RM2
Pelawat Luar Negara : RM15


Muzium Sabah di buka setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang.

Dan untuk ke sana pelawat boleh menaiki bas atau teksi dari pusat bandar Kota Kinabalu. Harga tambang RM1 (Bas) dan tambang untuk teksi adalah RM10.

Untuk pertanyaan pelawat bolehlah menghubungi pihak Muzium Sabah di alamat :

Beg berkunci 2015
Poskod 88566,
Kota Kinabalu Sabah
Tel : +60 088-253199 / 254852 / 253551 / 225033
Fax : +60 088-240230
Email : Muzium.Sabah@Sabah.gov.my


4. Sepilok Sandakan

Image result for sepilok sandakan


Tujuan Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini adalah untuk memelihara dan mulihara Orang Utan yang tidak ada ibubapa, yang cedera atau sakit dan yang terbiar. Pusat Pemuliharaan ini ditubuhkan sepenuhnya pada tahun 1964 yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sabah. 


Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini dibuka setiap hari iaitu :

Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu, Ahad
( Jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari )
( Jam 2.00 petang hingga 4.00 petang ) 

Jumaat
( Jam 9.00 pagi hingga 11 pagi )
( Jam 2.00 petang hingga 4 petang ) 
____________________________________________________

Untuk ke Pusat Pemuliharaan ini pelawat boleh menaiki bas dari Pusat Bandar Sandakan yang mana ianya mengambil masa kira-kira 40-45 minit dengan kos tambang sebanyak RM4.00 seorang. 
__________________________________________________ 

Bayaran masuk kepada pelawat yang datang ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan adalah :

Warganegara Malaysia umur 18 tahun ke atas : RM5
Warganegara Malaysia umur 18 tahun ke bawah : RM2 
Bukan Warganegara Malaysia umur 18 tahun ke atas : RM30
Bukan Warganegara Malaysia umur 18 tahun ke bawah : RM15

Bagi yang ingin membawa kamera atau video untuk mengambil gambar dan merakam video bayaran yang dikenakan adalah :
1. Untuk kegunaan peribadi : RM10 seunit
2. Untuk tujuan komersial : RM1000 seunit

Untuk yang menggunakan peralatan perfileman bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10,000 untuk tempoh tidak lebih daripada 7 hari berturut-turut.
___________________________________________________


Di Pusat Pemuliharaan ini juga disediakan beberapa kemudahan yang mana antaranya adalah :


1. Sepilok Jungle Resort (Tel : 089-533031) (Fax : 089-533029)
2. Sepilok Forest Edge Resort (Tel : 089-533190)
3. Labuk B & B (Tel : 089-533190) (Fax : 089-533245)
4. Sepilok Rest House (Tel : 089-534900) (Faks : 089-534800)
5. Sepilok Nature Resort (Tel : 089-535001) (Faks :0 535002) 



5. Pulau Yang Terdapat Di Sabah 


Pulau Sipadan Semporna 

Image result for sipadan island



Pulau Mataking Semporna

Image result for mataking island



Pulau Mantanani Kudat 

Image result for mantanani island




Pulau Manukan Kota Kinabalu 

Related image



Pulau Bohey Dulang Semporna

Image result for bohey dulang island



Pulau Mabul Semporna

Image result for pulau mabul sabah






No comments:

Post a Comment