Ini merupakan beberapa jenis tarian tradisional di Sabah. Dengan rakyat yang berbilang kaum, maka Sabah sudah pastinya mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional dari etnik-etnik yang ada di negeri ini. Tarian ini biasanya dibuat dalam majlis-majlis keramai seperti pesta kaamatan atau majlis kahwin.
1. Tarian Sumazau

Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi rakyat Sabah yang begitu terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi bagi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Tarian ini biasanya ditarikan oleh lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah.