Showing posts with label Sejarah Negeri Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Negeri Sabah. Show all posts

Friday, 7 April 2017

Sejarah Negeri Sabah




Image result for SABAH NEGERI DI BAWAH bayu



Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz negara Ireland di Eropah. Ibukota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu dan dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme. Kota Kinabalu kini telah dinaiktarafkan kepada status bandaraya pada 2 Februari 2002



Dikenali dengan gelaran "Negeri Di Bawah Bayu" , Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi juga dengan warisan budaya penduduknya. Sabah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat boleh ditemui di Sabah. Terdapat pelbagai spesies anggerik/ orkid, periuk kera dan rhododendron pula didapati tumbuh di Sabah.



Keadaan geografi Sabah berbukit - bukau malah bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur dan gua juga boleh ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,059 meter.