Friday 7 April 2017

Tarian Sabah


Ini merupakan beberapa jenis tarian tradisional di Sabah. Dengan rakyat yang berbilang kaum, maka Sabah sudah pastinya mempunyai pelbagai jenis tarian tradisional dari etnik-etnik yang ada di negeri ini. Tarian ini biasanya dibuat dalam majlis-majlis keramai seperti pesta kaamatan atau majlis kahwin.

1. Tarian Sumazau


Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi rakyat Sabah yang begitu terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi bagi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Tarian ini biasanya ditarikan oleh lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah.




2. Tarian Magunatip


Tarian Magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut di pedalaman Sabah. Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.



3. Tarian Adai-Adai


Tarian Adai-adai merupakan tarian traditional bagi suku kaum Brunei. Tarian Adai-adai ini biasanya ditarikan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan, diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian.

4. Tarian Limbai

Image result for 4. Tarian Limbai

Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum Bajau, Sabah. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.


5. Tarian Lansaran

Related image

Tarian Lansaran merupakan tarian traditional suku kaum Murut. Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni.



6. Tarian Igal-Igal

Image result for tarian igal igal bajau

Tarian Igal-Igal merupakan salah satu tarian masyarakat Bajau khususnya di Semporna. Ia biasanya di bawa dalam majlis formal atau majlis-majlis sambutan pesta seperti pesta Regatta Lepa-Lepa.


No comments:

Post a Comment